Senang.. cara-cara masak bergambar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cream Puff

Senang.. cara-cara masak bergambar

BAHAN-BAHAN

  • 100ml air
  • 45g mentega – suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum – diayak
  • 2 biji telur(100g)
CARA PENYEDIAAN
  • Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan kertas aluminium kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  • Masukkan air dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  • Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  • Masukkan adunan ke dalam ‘piping bag’. Paipkan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  • Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  • Sembur permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  • Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  • Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  • Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.
  • *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam mangkuk. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan pengadun.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN