Kuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH BUTIR NANGKA

Kuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.

BAHAN-BAHAN DOH
  • 3 cawan tepung pulut

  • 1/2 cawan tepung gandum

  • Air secukupnya

  • Pewarna ikut cita rasa

Kredit : Azie

BAHAN-BAHAN KUAH
  • 1 kotak santan

  • Air secukupnya

  • Daun pandan

  • 1 cawan gula atau gula melaka (ikut kemanisan sendiri)

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil biji halba

CARA PENYEDIAAN DOH
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas. Uli sehingga tidak melekat di tangan.

  • Bahagikan doh mengikut warna kesukaan.

  • Kemudian bulatkan doh tersebut.

  • Rebuskan doh di dalam air menggelegak. Masukkan satu persatu butir nangka.

  • Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam air yang sejuk.

CARA PENYEDIAAN KUAH
  • Sediakan periuk di atas api yang perlahan. Masukkan semua bahan-bahan diatas.

  • Kacau rata dan mendidih masukkan butir nangka tersebut.

  • Biarkan mendidih dan kacau rata seketika dan boleh tutup api.

  • Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN