Peanut butter chocolate chip muffin

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peanut Butter Muffin

Peanut butter chocolate chip muffin

BAHAN-BAHAN

  • 120g mentega tanpa garam – suhu bilik
  • 150g gula perang
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur (saiz L)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 120ml susu segar
  • 120g mentega kacang (krim)
  • 100g chip coklat
  • *****************************
  • – Cocoa crumber-
  • 25g serbuk badam
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula halus
  • 50g mentega tanpa garam – potong kecil-kecil
  • 3 sudu kecil serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan cocoa crumber- ayak tepung, serbuk badam dan serbuk koko dan juga gula. Kemudian masukkan mentega. Ramas-ramaskan biar berketul. Simpan dalam peti ais.
  • Penyediaan muffin: – Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Bahagikan gula kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan 1 bahagian, pukul dan ulang sampai habis.
  • Pukul telur di dalam mangkuk lain. Bahagikan juga kepada 3 bahagia. Masukkan 1 bahagian telur ke dalam mentega tadi dan pukul. Ulang sampai habis.
  • Ayakkan tepung, garam dan juga serbuk penaik. Bahagikan juga kepada 3 bahagian.
  • Masukkan 1 bahagian tepung ke dalam adunan mentega tadi..kacau cepat-cepat. Masukkan pula 1/2 susu segar. Kacau lagi.
  • Ulang langkag 6 sampai tepung habis.
  • Masukkan pula chip coklat dan mentega kacang. Kacau biar jadi bentuk ‘mubble’.
  • Kemudian isikan ke dalam cawan muffin. Biarkan 3/4 penuh.
  • Penuhkan cawan muffin dengan cocoa crumber.
  • Bakar dalam suhu 180C selama 20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN