Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 30min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Masak Madu
Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam
- Garam
- Kunyit
- 1 sudu rempah kari ayam
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Bawang besar
- Cili kering
- Madu
- Gula merah
- Sos/tomato puree
- Air
CARA PENYEDIAAN
- Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
- Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
- Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
- Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.