Roti coklat berbentuk hati.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Coklat

Roti coklat berbentuk hati.

BAHAN-BAHAN

  • ** Bahan A**
  • 110g tepung roti
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 175ml susu segar ( 40 C/ suhu bilik)
  • ** Bahan B**
  • 110g tepung roti
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • ****************
  • 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar susu – utk sapu
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  • Masukkan bahan B, gaulkan. Kemudian keluarkan letak di atas papan canai.
  • Ulilah sampai tak melekat kat tangan selama 10-15 minit. Ketuk-ketuk doh pada papan canai masa uli.
  • Kemudian masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20 minit).
  • Tekan dengan jari telunjuk untuk menguji doh roti naik atau tidak. Kalau dah nampak lubang kesan jari, bermakna dah naik.
  • Tumbuk- tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  • Ambik sebiji dan canaikan jadi lebih kurang 10 x 5 cm. Taburkan gula halus dan serbuk koko. Kemudian gulung macam gulung tikar. Kemudian lipat dua. Potong bahagian hujung lipatan.
  • Lepas tu buka pada bahagian yang dipotong.
  • Penaik selama 20 minit. Kemudian sapukan dengan susu.
  • Siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180C selama 8 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN