PENULIS
MyResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-25
Ayam sememangnya merupakan pilihan yang paling popular di Malaysia kerana cara masakannya yang mudah dan rasanya yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai termasuklah kanak-kanak. Tetapi masih ramai dalam kalangan kita yang cara memilih ayam yang segar, elok dan berkualiti. Jadi apa kata kita cuba tips memilih ayam segar yang dikongsikan oleh Zamila Najila di Facebook.
- Warna AyamAyam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
- Tekstur Ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik. - Darah AyamApabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
- Bau AyamAyam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
- LalatSekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.