PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Memang tak dapat dinafikan, cili kisar seakan sudah menjadi satu bahan ‘wajib’ yang perlu ada dalam masakan kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, para ibu bolehlah mengisar cili kering terlebih dahulu dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Tapi walaupun sudah disimpan di dalam peti sejuk, cili kisar ini masih tidak boleh bertahan dalam tempoh yang agak lama. Sampai kadangkala boleh berkulat! Jadi macam mana nak menyelesaikan masalah ini? Jom ikuti tips dan petua untuk membuat cili kisar tahan lama yang dikongsikan Nad Adleesya di Facebook.

Kredit: Nad Adleesya

BAHAN-BAHAN

  • Cili kering
  • 2 labu bawang putih

CARA-CARA

  • Guntingkan dahulu cili kering untuk buang bijinya.

  • Basuh dengan air biasa.

  • Rendamkan dengan air suam yang dah di tapis. Jangan guna air paip.

  • Dah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih, boleh tengok cara-caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api

  • Dah sejuk sikit boleh tapis dan kisar macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sikit je. Sukatan dalam 1/4 cawan. Kemudian boleh tambah cili kering tu lagi dan lagi sampai siap.

  • Masukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais. Dah siap!

Kredit: Nad Adleesya

Kredit: Nad Adleesya

Kredit: Nad Adleesya

Kredit: Nad Adleesya

Selamat Mencuba

Kredit: Nad Adleesya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN