PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-30 15:53:31

Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam Al-Quran, majlis kesyukuran dan sebagainya. Cara memasaknya juga sangat mudah. Jadi mari kita cuba resepi Pulut Kuning Kelantan yang dikongsikan oleh Ismi Aishah di kumpulan Resepi Masakan Ringkas. Menurutnya, rahsia untuk menjadikan pulut itu sedap adalah dengan menggunakan sudip kayu untuk arung pulut. Nak tahu betul ke tak? Jom kita cuba!

 

 

Kredit: Ismi Aishah

 

 

Bahan-bahan:

  • Beras pulut  -1 kg
  • Santan pekat -1 1/2 cawan
  • Garam kasar – 1 sudu besar
  • Gula – 2 sudu gula besar
  • Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.

 

Kredit: Ismi Aishah

 

 

Cara-cara:

1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.

2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Letak daun pandan untuk aroma yang wangi.

3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana). Kemudian masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip sampai rata.

4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.

5) Boleh lah masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

 

 

Kredit: Ismi Aishah

 

 

Kredit: Ismi Aishah

 

Selamat Mencuba

Kredit: Ismi Aishah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN