PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-23 03:59:39
Resepi Ikan Kerutuk Sumbat atau dipanggil juga Ikan Sumbat adalah antara lauk kegemaran kebanyakan orang. Tak kiralah sumbat sambal atau sumbat kelapa pasti ramai yang menggemarinya kerana rasa ikan yang disulami dengan rasa 'inti' di dalamnya. Memang ngam lah! Resepi ini juga sangat sesuai untuk masakan tengah hari. Untuk yang minat dekat resepi masakan ikan bolehlah cuba resepi Ikan Kerutuk yang dikongsikan oleh Ayuhak Makanan di Facebook.
Kredit: Ayuhak Makanan
Bahan-bahan:
- Bawang besar 1 biji
- Bawang kecik 8 biji
- Kunyit hidup 2 ketul
- Bawang putih setengah labu
- Buah keras 5 biji
- Cili padi 20 biji
- Cili besar hijau atau merah 3 biji
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Kredit: Ayuhak Makanan
Cara-cara:
1. Ikan cencaru saiz sedang-sedang dibelah belakang. Tabur garam sikit-sikit je. Ketepikan sekejap.
2. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Sumbat dalam ikan depan dan belakang. Lumur sikit kat badan ikan.
3. Goreng sampai garing. Lagi garing lagi sedap. Tapi jangan sampai hangit ye. Makan panas-panas.
Kredit: Ayuhak Makanan
Kredit: Ayuhak Makanan
Kredit: Ayuhak Makanan
Selamat mencuba.
Kredit: Ayuhak Makanan