PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-09 05:40:06

Kadang-kadang teringin juga nak merasa sarapan yang sedap dan fancy sikit betul tak? Jadi kepada ibu-ibu di luar sana, apa kata buat kejutan kepada keluarga dengan menghidangkan hidangan sarapan yang nampak mahal tapi sebenarnya hanya menggunakan beberapa bahan simple yang selalunya ada di dapur kita sendiri. 

Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di kumpulan Resepi Mama Ria di Facebook.

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur dibersihkan dahulu kulitnya
  • 1/4 cawan serbuk parmesan cheese
  • secubit garam 
  • sedikit daun parsley

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

Cara-cara:

  1. Asingkan putih telur & kuning telur. Kacau hingga putih telur medium kental (meringue).
  2. Masukkan parmesan cheese dan aduk perlahan hingga tercampur.
  3. Sediakan dulang yang dilapik dengan baking paper, sudukan putih telur dan buatkan seperti ada bentuk lubang untuk letak kuning telur nanti.
  4. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu, bakar suhu 180 selama 20 minit atau hingga atasnya kelihatan garing, bakar di rak tengah.
  5. Keluarkan dari oven, letak kuning telur di tengahnya, tabur daun parsley dan bakar semula lebih kurang 5 minit. Siap sedia dinikmati bersama roti.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN