PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-01 02:41:02

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Jadi, kepada sesiapa yang minat makan sayur dan inginkan sesuatu yang lain bolehlah cuba resepi Kimchi yang dikongsikan oleh Maria Achak di kumpulan Dapur Chef Wan Dapur Berasap di Facebook.

 

 

Kredit : Maria Achak

 

Bahan-bahan:

  • Kubis putih
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih
  • Daun Bawang
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Sos Ikan
  • Gula
  • Gochugaru Fine powder/ Flakes powder

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Cara-cara penyediaan:

 

  1. Potong kubis memanjang. Setiap helaian sapu garam. Rendam dalam air garam. Biarkan selama 2 jam atau lebih. Kalau tengok dah layu tu boleh dah cuci bersih dan potong. Jangan potong halus. Biar sederhana besar.
  2. Sambil tunggu 2 jam, boleh sediakan bahan lain. Potong lobak dan daun bawang memanjang sederhana. Tak halus dan tak kasar sangat. Sedang sedang.
  3. Halia, bawang putih dan sos ikan kisarkan sekali. Sos ikan letak dalam setengah mangkuk kecil.
  4. Terakhir sekali, gaul semua bahan sehingga sebati. Guna sarung tangan sebab fine powder yang digunakan itu pedas. Kena rasa juga. Jangan main gaul tapi tak rasa. Kimchi sepatutnya ada rasa masin manis dan pedas. Okay dah siap! Boleh letak dalam bekas.

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Kredit : Maria Achak

 

 

Selamat Mencuba

Kredit : Maria Achak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN