sedap dimakan semasa masih panas. Sesuai sebagai hidangan untuk kanak-kanak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Potato Croquette
sedap dimakan semasa masih panas. Sesuai sebagai hidangan untuk kanak-kanak.
BAHAN-BAHAN
- 4-5 biji ubi kentang
- 1 sudu mentega
- 1/2 biji bawang besar
- 150g daging cincang
- sedikit garam dan serbuk lada sulah
- 2 biji telur dipukul
- bread crumbs secukupnya
- sedikit tepung
- minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ubi kentang sehingga masak
- Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
- Potong dadu bawang besar.
- Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
- Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
- Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
- Goreng dalam minyak penuh
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.