PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-06 06:50:33
Biasanya bila ada je kenduri kesyukuran, pasti antara menu yang sering dinanti oleh para tetamu adalah Nasi Briyani Kambing. Sedapnya! Haa, apa kata kali ini korang cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Aniq Syauqi di laman Facebook. Pasti suami dan anak-anak pun akan turut berselera. Mudah je, jom cuba!
Bahan-bahan:
- 2kg kambing (dicuci sebersihnya)
- 2kg Beras basmathi
- Minyak sapi ghee tin kecil
- 1 tin kecil tomato puree
- 1 labu bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 3 inci halia (potong mancis)
- Buah pelaga/kulit kayu manis/bunga lawang (bahan tumis)
- Rempah beriani faiza 250g
- 2 kiub lembu
- 250ml susu segar/susu cair
Cara-caranya:
- Mula-mula, basuh beras basmathi sehingga bersih dan rendam selama 20 minit.
- Sementara nasi direndam, sediakan periuk nasi dan masukkan minyak sapi 1 tin, bahan-bahan tumis termasuk halia. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan rempah nasi beriani separuh paket dan masukkan tomato puree, kiub lembu dan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan susu segar/susu cair dan gaulkan. Biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan kambing ke dalam bahan tumis. Gaulkan hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan 1 liter air serta garam dan gula secukup rasa. Teruskan menggaul supaya rasa sebati.
- Jika anda menggunakan pressure cooker, set 30 minit untuk lembutkan daging kambing. Jika guna rice cooker biasa, biarkan mendidih sehingga empuk.
- Selepas cukup 20 minit beras direndam, toskan dan masukkan ke dalam periuk yg mendidih tadi.
- Untuk menyukat air dgn beras, kurangkan atau lebihkan air mengikut citarasa sendiri dan gaul sehingga rata. (untuk beras basmathi, air mesti lebih sedikit sahaja lebih kurang paras 1 takat jari telunjuk)
- Jika ada telur rebus, masukkan sekali ke dalam periuk nasi dan tutupkan. Tunggu sehingga masak.
Kredit: Aniq Syauqi
Siap untuk dihidang! Selamat mencuba!