PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-19 07:08:16
Bagi ibu-ibu yang bekerja, pengurusan masa sangatlah penting. Ini kerana mereka perlu memikirkan persiapan makan di rumah, dan pada waktu yang sama perlu mengekalkan prestasi pekerjaan di pejabat. Ada masanya di mana ibu-ibu tidak sempat untuk masuk dapur, menyebabkan mereka sering berhadapan dengan dilema sama ada untuk meneruskan karier ataupun berhenti demi menjaga kebajikan keluarga.
Ada sesetengah ibu bekerjaya memilih untuk membuat bekalan bahan masak seawal mungkin supaya nanti para ibu tidak perlu lagi mengambil masa untuk memasak. Sebagai contoh ialah bawang putih. Namun seperti yang kita sedia maklum, bawang akan cepat rosak jika tidak diguna. Jika disimpan dalam peti sejuk, bawang juga akan cepat busuk. Oleh itu, cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pes bawang putih. Pes bawang putih dapat kekal segar lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ikuti perkongsian daripada Khabib Jamalludin menerusi laman Facebook.
Cara-cara:
- Kupas semua bawang putih yang ingin dikisar dan kemudian basuh sebersih-bersihnya.
- Setelah siap mencuci semua bawang tersebut, kisarkan bawang. Nisbah air : bawang adalah 1:3
- Kemudian, tumiskan dalam minyak banyak. Agak-agak tenggelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak ini fungsinya sebagai pengawet supaya pes bawang putih akan tahan lebih lama. Ini juga untuk memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
- Untuk 10 saat pertama menumis, guna api yang kuat. Kemudia, kecilkan api kepada sederhana kuat.
- Pastikan untuk mengacau bawang putih sekerapnya supaya tidak hangus. Ini juga supaya dapat mengeluarkan air dalam bawang supaya tahan lebih lama kalau disimpan. Tumis sehingga naik bau.
- Angkat pes bawang putih tadi dan biarkan seketika sehingga suam suam
- Kemudian, masukkan pes tadi ke dalam bekas yang mudah dibuka dan simpankan dalam peti sejuk (tidak perlu dibeku)
Siap! Gunakan sudu untuk mencedok pes bila-bila memasak. Mudah, kan? Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu risau lagi untuk menyiapkan makanan untuk keluarga sebelum ke tempat kerja. Selamat mencuba!