PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-11-22 07:09:40

 

Banyak jenis makanan berharga puluhan ribu Ringgit terdapat di dunia. Makanan yang menggunakan bahan-bahan yang sangat susah untuk diperoleh menjadikannya mahal dan tak ramai mampu untuk merasai nikmatnya. Meskipun begitu, hidangan-hidangan untuk bangsawan ini tetap mendapat sambutan meriah. Inilah antara hidangan yang termahal di dunia.

1. Caviar Almas

Picture Credit: luxatic.com

Kaviar merupakan telur ikan sturgeon yang dikenali sebagai makanan mewah. Hanya beberapa spesis ikan ini sahaja yang dapat menghasilkan caviar iaitu Sevruga, Ossetra dan Beluga. Biasanya kaviar akan dijual pada harga USD 25,000 atau RM104,200.00 per 2.484kg. Bukan itu sahaja, kaviar putih Iran ini hanya boleh dibeli di Caviar & Prunier House, London.

2. Daging Kobe

Picture Credit: debragga.com

Daging sini mempunyai kelembutan dalam setiap potongan. Ada sesetengah restoran melabelkan Kobe sebagai Wagyu tapi kedua-dua jenis daging ini tak sama. Daging ini dijual pada harga USD 1,475 atau RM6,150.00 per 2.26kg.

3. Trifola d'Alba Madonna

Picture Credit: pinterest.com

White truffle ini hanya dapat tumbuh dalam kondisi tanah dan udara tertentu. Rasa dan aroma unikya dikatakan tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat lain. Truffle ini ditanam di Piedmon, Itali Utara dan dijual dengan harga USD 4320 atau RM18,006.00 per 453 gram.

4. Kopi Black Ivory

Picture Credit: thenational.ae

Sama konsep kopi luwak, kalau korang pernah dengar. Kopi Black Ivory ini dihasilkan daripada kekotoran gajah. Selama proses pencernaan gajah, enzim memecahkan bahan kimia yang menyebabkan rasa pahit biji kopi hilang. Harganya dianggarkan USD 1,000 atau RM4169.50.

5. Tembikai Hitam Densuke

Photo Credit: geewi.com

Ia merupakan isi yang lebih berair, lebih manis dan renyah daripada tembikai biasa. Kandungan biji yang kurang daripada biasa dan renyah membuatkannya mempunyai tekstur dan rasa yang luar biasa. Tembikai ini dijual pada harga USD 6,100 atau RM25,452.25 per tembikai.

Kaum orang kaya memang taste luar biasa kan? Ingatlah, mahal mana sekali pun, makanan-makanan ini tetap popular. Admin pun pening kepala tengok. Tapi itulah selera bangsawan.

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN