PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-18 09:56:20

Tak kisahlah dari kedai warung tepi jalan atau kafe "hipster" 5 bintang sekalipun, kopi merupakan minuman asas mana-mana kedai. Ada yang buat sebagai penghilang dahaga dan ada yang minum untuk kekal bertenaga dan bersemangat untuk menjalankan tugas hakiki masing-masing. Selain rasa dan aroma yang sedap inilah, khasiat kopi untuk korang.

1. Penyumbang Tenaga

Photo Credit: everythreeweekly.com

Kopi berkafein mempunyai kesan yang sangat positif untuk meningkatkan tenaga sebelum mulakan hari korang. Tak kisah lah sebenarnya sama ada waktu siang atau malam. Kalau perlukan tenaga, minum je kopi. Banyak ujian terkawal menunjukkan bahawa kopi memberi kesan kepada mood, fokus, tenaga, dan tindak balas seseorang. 

2. Melindungi Hati

Photo Credit: thedailystar.net

Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit sirosis. Sirosis sejenis penyakit yang dapat mengurangkan fungsi hati atau hepatoma. Kopi ternyata dapat melindungi korang daripada penyakit ini dengan dos yang betul. 

3. Dapat Mengelakkan Kemurungan 

Photo Credit: coolmumsuperdad.com

Kemurungan sejenis penyakit mental yang sekarang dialami oleh ramai individu. Namun, ia tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh masyarakat. Banyak sebab menyumbang kepada kemurungan. Antaranya mungking masalah kewangan, masalah sosial atau fizikal seseorang. Kajian menunjukkan individu yang minum 4 atau lebih cawan kopi sehari dapat mengurangkan kadar kemurungan atau kemungkinan bunuh diri.

4. Bantu Bakar Lemak

Photo Credit: blog.tribunjualbeli.com

Kafein adalah sesuatu yang ada dalam setiap produk pembakar lemak. Ia dibuktikan sebagai satu bahan yang dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11%. Namun, kesan-kesan ini akan berkurangan kalau korang mengamalkan dalam jangka masa yang panjang. Hal ini sebab badan korang dah naik kadar toleransi.

5. Umur Yang Panjang

Photo Credit: pickpik.com

Ni secara logiknya hasil semua point tadi. Dah kalau kopi dapat berikan semua faedah tu, memang sah lah umur korang panjang. Dapat mengurangkan penyakit, memberikan tenaga yang secukupnya dan juga meningkatkan mood! Pesakit kencing manis pula dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 30%. 

Jadinya, hasil bacaan ni apa korang dapat? Pergi lah dapatkan secawan kopi. Tapi ingat, nak tambah gula tu jangan manis sangat. Nanti sia-sia je minum. Faedahnya dalam kopi, bukan gula. Selamat menjalankan hari korang!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN