PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-17 07:30:00

Bila kita menggoreng terutama sekali ayam ataupun ikan, minyak akan terpercik. Kadang-kala sampai boleh melecur bahagian yang terkena minyak panas tu. Sebab itu, ada antara kita berdiri jauh dari dapur bila menggoreng sebab takut terkena minyak. 

Ini antara cara yang anda boleh aplikasi semasa menggoreng supaya tidak terkena percikan minyak panas.

1. Guna Tepung

Anda boleh masukkan sedikit tepung ke dalam minyak yang panas semasa menggoreng ikan untuk menggelakkan minyak dari meletup. Anda boleh cuba teknik ini untuk apa jenis ikan yang anda mahu goreng. 

2. Masukkan Garam

Masukkan sedikit garam ke dalam minyak panas. Ini dapat menggelakkan dari minyak terpercik dan mampu menghalang makanan dari melekat pada kuali anda.

3. Masukkan Halia

Anda hanya perlu hiriskan sedikit halia dan masukkan ke dalam minyak sebelum menggoreng. Selain menghalang minyak terpercik, halia juga dapat mewangikan makanan anda. 

4. Lembutkan Makanan Sebelum Menggoreng

Anda perlu elakkan daripada menggoreng makanan sebelum ianya betul-betul cair. Ini kerana ais ataupun air daripada makanan tersebut akan membuatkan minyak meletup.

5. Masukkan Asam Gelugur

Sebelum anda menggoreng, masukkan asam gelugur ke dalam kuali yang berisi minyak panas dan keluarkannya ketika anda mahu mula menggoreng.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN