Hidangan Sajian Asam Pedas Ala Nyonya menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Peranakan

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

3 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ala Nyonya

Hidangan Sajian Asam Pedas Ala Nyonya menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN
  • 3 keping ikan tenggiri

  • 20 tangkai cili kering

  • 1 sudu teh lada hitam

  • 2 labu bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 1 inci kunyit hidup

  • 2 sudu makan kerisik

  • 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh)

  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)

  • 5 tangkai daun kesum

  • 1 sudu makan petis (Otak udang)

  • 2 biji tomato (Dibelah 4)

  • 5 biji bendi

  • Garam secukup rasa

  • 5 sudu makan minyak masak

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan.

  • Cili kering, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan kerisik dikisar bersama.

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.

  • Masukkan air asam jawa, garam, bunga kantan, daun kesum dan petis. Tunggu sehingga mendidih

  • Masukkan ikan, tomato, kacang bendi, dan tunggu sehingga mendidih lagi.

  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN