PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-09 04:59:21
Dessert atau pencuci mulut merupakan sajian ringan yang kebiasaannya dihidangkan selepas makan. Antara contoh dessert yang sering dijadikan pilihan ramai adalah seperti puding, ais krim, kek, cocktail dan sebagainya. Walaupun begitu, terdapat pelbagai lagi menu dessert yang boleh dicuba mengikut kreativiti masing-masing.
Oleh itu, pada hari ini kami ingin kongsikan satu resepi dessert yang sangat istimewa dan pastinya digemari ramai. Jom cuba resepi Puding Roti Blueberry dengan Sos Kastard yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di laman Facebooknya.
Kredit: Hidayati Hana
Bahan-bahan:
- 8 keping roti gardenia butterscotch (roti biasa pun boleh)
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu besar gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar mentega (dicairkan)
- Jem blueberry
- Kismis
Sos Kastard:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
Kredit: Hidayati Hana
Cara-cara:
- Roti disapukan dengan jem blueberry dan dipotong 4
- Susun roti dalam bekas/ loyang yang dah dilenser dengan sedikit mentega
- Sementara itu, blend susu, telur, gula, esen vanila dan mentega
- Tuangkan ke dalam loyang tadi
- Biarkan roti terendam seketika
- Taburkan kismis
- Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak
Kredit: Hidayati Hana
Sos kastard:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan tutup api
Kredit: Hidayati Hana
Selamat mencuba ⚘
Kredit: Hidayati Hana