PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-06 07:02:19

Setiap tahun, menu kegemaran ramai iaitu Prosperity Burger pasti akan kembali di McDonald’s. Apabila menu tersebut tidak lagi dijual, semua yang menggemari burger tersebut pasti akan berasa teringin dan 'mengidam' nak merasai kenikmatan burger tu kan? Jangan risau! Kini korang tidak perlu bersedih lagi, korang boleh buat sendiri Prosperity Burger ni dekat rumah. Senang je! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Mohd Faiz Fitri Iberahim di laman Facebooknya.

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Bahan-bahan: 

1. Roti gardenia

2. Daging Ramly

3. Bawang besar 1/2 potong dadu

4. Bawang holland hiris nipis

5. Tepung gandum 2 sudu

6. Air 1 gelas

7. Lada hitam serbuk + tumbuk

8. Butter 2 sudu besar

9. Sos tiram 2 sudu besar

10. Kicap manis 1 sudu besar

11. Garam secukup rasa

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Cara-cara:

  • Mula-mula, letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
  • Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti (refer gambar)
  • Goreng daging dulu (cucuk dengan garfu)

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Sos:

  • Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi warna keemasan.
  • Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mengikut cita rasa sendiri.
  • Celupkan daging yang dah goreng tadi. Letak atas roti dan letak bawang yang dihiris tadi.

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

 

Selamat Mencuba 

Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN