PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-05 04:01:50
Resepi kari hari ini agak lain daripada yang lain kerana resepi ini dibawa khas dari Nepal. Kari ini agak unik kerana ianya tidak menggunakan santan. Sangat simple dan sedap. Boleh dimakan bukan dengan nasi je malahan dengan roti arab pun boleh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Resepi Viral Terbaik di laman facebooknya.
Kredit: Resepi Viral Terbaik
Bahan-bahan:
- Ayam seekor
- Bawang merah 5 biji *
- Bawang putih 3 biji *
- Halia 1 inci *
(Kisar bahan yang bertanda*)
- Tomato 4 biji (potong dadu)
- Ubi kentang (optional)
- Daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap)
- Yogurt original 5 sudu (yang tiada perisa)
- Serbuk kari 6 sudu penuh
Kredit: Resepi Viral Terbaik
Cara-cara
1. Tumis semua bahan kisar.
2. Masukkan tomato, masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sedikit air.
4. Biarkan mendidih hingga ayam masak.
5. Kemudian masukkan yogurt.
6. Akhir skali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong dan siap!
Kredit: Resepi Viral Terbaik
Selamat Mencuba
Kredit: Resepi Viral Terbaik