PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-03 03:22:00

Walaupun bukan musim perayaan, mesti ramai yang teringin nak makan rendang kan? Aromanya yang memukau, kelembutan dagingnya sangat menyelerakan dimakan pula dengan nasi panas. Memang terliur habis!

Kalau korang nak tahu, hidangan rendang ni sangat senang dibuat lebih-lebih lagi untuk korang yang baru 'first time' nak masak rendang tu. Confirm menjadi! Haa apa kata korang ikut je resipi yang dikongsikan oleh Aini binti Abu Samah inshaallah jadi sama macam dalam gambar. Selamat Mencuba.

Kredit: Sheren Nabeela 

Bahan-bahan:

  • Daging 1kg
  • 600 gram hati (potong dadu)
  • 600 gram limpa (potong dadu)
  • 600 gram paru (potong dadu)
  • 1 labu bawang putih
  • 15 biji bawang kecil merah

 (Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris)

Kredit: Sheren Nabeela 

  • Halia 2 inch
  • Lengkuas 4 inch
  • Serai 3 batang
  • 20 biji cili api
  • 2 inch kunyit hidup

(Lengkuas, serai, kunyit hidup dan cili api blend)

Kredit: Sheren Nabeela 

  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah giling
  • 1 sudu kerisik
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 biji kelapa

Kredit: Sheren Nabeela 

Cara-cara:

1. Panaskan 1 senduk minyak.

2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris biarkan sampai garing.

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama cili boh dan rempah.

5. Kacau hingga pecah minyak.

6. Masukkan daging, paru, hati dan limpa.

7. Kacau dan kecilkan api.

8. Jus daging akan keluar dengan sendiri. Tak perlu tambah air

9. Kacau sehingga jus tu kering baru letak santan dan garam secukup rasa

10. Kacau hingga menggelegak dan kering

12. Sebelum kering, taburkan daun kunyit

13. Kacau sehingga kering dan siap!

Kredit: Sheren Nabeela

 

Kredit: Sheren Nabeela 

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Aini binti Abu Samah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN