Bagaimana cara nak masak Lemak Pegaga dan Tempe?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Pegaga dan Tempe

Bagaimana cara nak masak Lemak Pegaga dan Tempe?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikat daun pegaga 
  • 1 keping tempe 
  • 10 biji cili api 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 cawan air
  • (Cili api, kunyit hidup, bawang merah dikisar bersama air)
  • 2 keping asam gelugur 
  • ½ cawan ikan bilis 
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Rendam dan bersihkan akar daun pegaga. Kemudian potong pendek. 
    2. Potong tempe kecil-kecil. 
    3. Masukkan bahan yang dikisar, asam gelugur, tempe, daun pegaga, ikan bilis, dan garam ke dalam periuk. 
    4. Masak sehingga mendidih dan daun pegaga lembut. 
    5. Masukkan santan dan kacau rata sehingga mendidih sekali lagi. Tutupkan api.
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN