Bagaimana cara nak masak Lemak Pucuk Manis dan Keledek?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Pucuk Manis dan Keledek

Bagaimana cara nak masak Lemak Pucuk Manis dan Keledek?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ikat daun pucuk manis 
  • Sebiji ubi keledek oren 
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering 
  • 2 cawan air 
  • 2 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Asing daun pucuk manis daripada tangkainya. Basuh dan tuskan. 
    2. Kupas kulit ubi keledek dan potong kecil. 
    3. Masukkan ubi keledek, bawang besar, udang kering, air, dan garam ke dalam periuk. 
    4. Masakkan sehingga keledek empuk ataupun lembut. 
    5. Masukkan pucuk manis, cili merah dan santan. Masak sehingga daun pucuk manis layu. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN