Bagaimana cara nak masak Rendang Daging Rincik?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Daging Rincik

Bagaimana cara nak masak Rendang Daging Rincik?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g daging rincik atau daging cencang (Dipotong kecil) 
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari daging 
  • 1 labu bawang besar (Dikisar) 
  • 2 cawan air 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • 3 cawan santan
  • 5 kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    2. Masukkan serbuk rempah kari daging dan bawang besar. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan daging dan kacau sehingga rata. Biarkan mendidih dengan api perlahan sehingga daging empuk. 
    4. Masukkan air, garam, kerisik, santan, dan kacang panjang. Kacau, kemudian biarkan mendidih dan pekat. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN