Bagaimana cara nak masak Kari Ikan Mamak Style?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ikan Mamak Style

Bagaimana cara nak masak Kari Ikan Mamak Style?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 ekor ikan merah saiz sederhana (Dipotong 2) 
  • 4 sudu makan rempah kari ikan 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 2 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 3 biji cili hijau (Dibelah tengah) 
  • 9 biji bendi 
  • 2 biji tomato muda (Dibelah 4)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan B (Tumisan)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis 
  • 1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk) 
  • 1 inci halia 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • (Halia, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 5 tangkai daun kari 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    2. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan bancuhan asam jawa dan kacau rata. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan ikan, bendi dan garam. Masak sehingga mendidih lagi. 
    5. Perlahankan api dan masukkan tomato, cili hijau, dan bawang besar. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN