Bagaimana cara nak masak Kuih Ubi Kayu Kukus?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Ubi Kayu Kukus
Bagaimana cara nak masak Kuih Ubi Kayu Kukus?
BAHAN-BAHAN
- 1 ketul ubi kayu (Dipotong kecil)
- 8 helai daun pandan (Dipotong pendek)
- ½ biji kelapa parut (Isi putih sahaja)
- 2 sudu makan gula
- ½ cawan air
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Basuh ubi kayu dan dituskan airnya.
- Masukkan ubi kayu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapiskan airnya.
- Kisarkan daun pandan dengan air sehingga halus. Kemudian tapiskan airnya.
- Gaulkan ubi kayu dengan separuh kelapa parut, gula, sedikit garam, dan air tapisan daun pandan. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan bahan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang sudah disapu minyak dan kukus selama 30 minit.
- Sejukkan kuih dan potong kecil.
- Kukuskan baki kelapa parut selama 5 minit.
- Gaulkan kuih dengan kelapa parut dan sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.