Bagaimana cara nak masak Kuih Gulung Berlauk?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Gulung Berlauk
Bagaimana cara nak masak Kuih Gulung Berlauk?
BAHAN-BAHAN
- 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
- 1 sudu makan rempah kari
(Dibancuh dengan sedikit air) - 100 gram isi ayam (Dicencang)
- 2 biji kentang sederhana (Dipotong dadu kecil)
- ½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil)
- ½ cawan air
- 1 pokok daun bawang (Diracik)
- 1 pokok daun sup (Diracik)
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa
Bahan A (Inti)
Bahan B (Kulit)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam, kentang, lobak merah, dan air. Kacau rata lagi dan biarkan sehingga pekat dan kentang empuk. Padamkan api.
- Masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan.
- Masukkan semua bahan B ke dalam mesin pengadun dan adun sebati. Tapiskan.
- Panaskan kuali non-stick yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
- Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
- Selepas masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
- Masukkan inti kentang di tengah-tengahnya.
- Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan. Gulungkan kemas-kemas.
- Lakukan sehingga habis adunan dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.