Bagaimana cara nak masak Daging Goreng Kacang Pis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Goreng Kacang Pis

Bagaimana cara nak masak Daging Goreng Kacang Pis?

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram daging (Dihiris kecil dan nipis) 
  • 1 cawan air 
  • 5 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
    (Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 tin kecil kacang pis 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • Garam secukup rasa 
  • 4 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan daging dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. 
    2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga layu dan wangi. 
    3. Masukkan daging, sos tiram, serbuk kunyit, dan garam. Kacau rata. 
    4. Masukkan kacang pis, bawang besar, dan tomato. Kacau lagi sehingga sebati. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN