Bagaimana cara nak masak Umpok Ikan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Umpok Ikan

Bagaimana cara nak masak Umpok Ikan?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kembung (saiz besar) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 6 batang serai (diketuk) 
  • 20 biji cili api         
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 inci halia              
  • 1 inci kunyit hidup
  • ( Cili api, bawang merah, halia dan kunyit hidup dikisar bersama) 
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak)     
  • 2 cawan santan 
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Kelar dan bersihkan ikan. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumis serai dan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan daun kunyit dan ikan ke dalam periuk. 
    4. Masukkan santan, asam gelugur, dan garam. 
    5. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN