Bagaimana cara nak masak Nasi Kebuli Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kebuli Ayam

Bagaimana cara nak masak Nasi Kebuli Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g beras Basmati 
  • 3 sudu makan minyak sapi 
  • 3 batang serai (diketuk) 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 1 inci halia (Dihiris)        
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis 
  • 4 cawan air 
  • 1 kiub pati ayam 
  • 1 kg ayam (dipotong kecil) 
  • ½ cawan kismis 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit bawang goreng 
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuhkan beras dan rendam selama 30 minit di dalam periuk nasi elektrik. 
    2. Panaskan minyak sapi. Tumis serai, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bahan hiris, serbuk ketumbar, lada hitam, dan jintan manis sehingga wangi. 
    3. Masukkan air, kiub pati ayam, dan ayam. Masak sehingga mendidih. 
    4. Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam periuk elektrik yang berisi beras, kismis, dan garam. 
    5. Masak sehingga nasi kering dan gembur perlahan-lahan. 
    6. Hidangkan dengan bawang goreng dan kerabu nanas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN