Bagaimana cara nak masak Ayam Rica-Rica Pedas?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Rica-Rica Pedas
Bagaimana cara nak masak Ayam Rica-Rica Pedas?
BAHAN-BAHAN
- 6 keping paha ayam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 2 cawan minyak masak
- 3 batang serai (diketuk)
- 3 helai daun limau purut
- ½ cawan air
- 1 sudu teh gula
- 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
- 1 batang serai
- 5 biji cili merah
- 15 biji cili api
- 1 labu bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Bahan A
Bahan B (Dikisar)
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan paha ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
- Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan. Tumis serai, daun limau purut, dan semua bahan B sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, air, gula, dan garam. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak.
- Masukkan bawang besar dan kacau rata. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.