Bagaimana cara nak masak Ayam Opor Hijau?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Opor Hijau

Bagaimana cara nak masak Ayam Opor Hijau?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg ayam (dipotong sederhana) 
  • ¼ cawan minyak masak 
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar (Dibancuh bersama air)
  • 1 sudu teh jintan manis (Dibancuh bersama air)  
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 2 cawan santan 
  • 2 biji terung bulat (dipotong dadu besar) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 biji cili merah (dibelah 2) 
  • 1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar) 
  • Bahan B (Dikisar)
  • 10 biji cili hijau 
  • 5 biji cili api hijau 
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 tangkai daun ketumbar 
  • 1 inci halia 
  • 3 batang serai 
  • 4 helai daun limau purut 
  • 1 inci belacan
CARA PENYEDIAAN
    1. Ayam dipotong sederhana besar. Bersih dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan B dan bahan yang dibancuh sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masakkan selama 5 minit. 
    4. Masukkan santan, terung bulat, dan garam. Masak lagi dengan api sederhana sehingga pekat.
    5. Masukkan cili merah dan daun ketumbar. Kacau rata. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN