Bagaimana cara nak masak Tauhu Telur Masak Kicap?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tauhu Telur Masak Kicap
Bagaimana cara nak masak Tauhu Telur Masak Kicap?
BAHAN-BAHAN
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
- 4 keping tauhu (dipotong 2)
- 1 cawan minyak masak
- 2 inci halia (Dihiris)
- 1 ulas bawang putih (Dihiris)
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- 5 biji cili api (Dihiris)
- 4 sudu makan kicap
CARA PENYEDIAAN
- Telur dipukul dengan sedikit garam.
- Celupkan tauhu dalam telur dan gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing.
- Angkat dan masukkan dalam pinggan hidang.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris sehingga layu.
- Masukkan kicap dan kacau rata.
- Tuangkan ke atas tauhu di dalam pinggan. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.