Bagaimana cara nak masak Pajeri Mangga Muda?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Mangga Muda

Bagaimana cara nak masak Pajeri Mangga Muda?

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji mangga muda kecil (dibuang kulit) 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • 1 inci halia                     
  • 5 biji bawang merah   
  • 2 ulas bawang putih   
  • ( Halia, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 sudu makan rempah kari ikan (dibancuh dengan sedikit air) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan gula  
  • 2 sudu makan kerisik 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, udang kering, kulit kayu manis, dan rempah kari sehingga pecah minyak.
    2. Masukkan santan pekat, garam, dan gula.  Masak sehingga mendidih. 
    3. Masukkan kerisik dan buah mangga muda. Kacau rata supaya rempah tidak melekat pada kuali. 
    4. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Hidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN