Bagaimana cara nak masak Nasi Permata Delima?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Permata Delima

Bagaimana cara nak masak Nasi Permata Delima?

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras Basmati 
  • 2 sudu makan minyak sapi 
  • 1 inci halia (Dihiris)                   
  • 4 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 2 ulas bawang putih  (Dihiris) 
  • 1 inci kulit kayu manis (Tumisan)     
  • 4 kuntum bunga cengkih (Tumisan)   
  • 2 kuntum bunga lawang  (Tumisan)   
  • 3 biji buah pelaga (Tumisan)               
  • 2 helai daun pandan (Tumisan)        
  • 2 cawan air 
  • 1 kiub pati ayam 
  • ½ cawan kismis 
  • ½ cawan susu cair 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu teh pewarna merah 
  • 2 sudu makan air (Dibancuh bersama pewarna merah)                 
  • ½ cawan bawang goreng 
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. 
    2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan yang dihiris dan bahan tumisan sehingga wangi. 
    3. Masukkan air dan kiub pati ayam. Masak sehingga mendidih. 
    4. Masukkan beras, kismis, susu cair, dan garam ke dalam periuk elektrik. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam periuk elektrik. Masakkan seperti nasi biasa. 
    5. Titiskan bancuhan pewarna merah pada 3 tompok nasi. Masakkan lagi sehingga kering. 
    6. Gemburkan nasi dan hidangkan dengan bawang goreng. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN