Bagaimana cara nak masak Nangka Masak Lemak Kuning?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nangka Masak Lemak Kuning

Bagaimana cara nak masak Nangka Masak Lemak Kuning?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g nangka muda 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 inci halia                            
  • 1 inci kunyit hidup                
  • 5 biji bawang merah           
  • 1 sudu makan lada hitam  
  • ½ cawan ikan bilis    
  • 1 cawan air      
  • ( Halia, kunyit hidup, bawang merah, lada hitam dan ikan bilis dikisar bersama air)    
  • 2 keping asam gelugur 
  • 2 cawan santan 
  • 2 biji cili merah  (Dihiris kasar)
  • 1 biji cili hijau (Dihiris kasar)  
CARA PENYEDIAAN
    1. Nangka dipotong kecil dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan. 
    2. Masukkan nangka, bahan yang dikisar, dan asam gelugur ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
    3. Masukkan santan dan garam. Kacau sehingga mendidih lagi. 
    4. Masukkan bahan yang dihiris kasar. Hidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN