Bagaimana cara nak masak Ikan Goreng Sambal Tempoyak?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Bagaimana cara nak masak Ikan Goreng Sambal Tempoyak?

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan kembung (saiz sederhana) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 15 biji cili api 
  • 5 biji cili merah 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ cawan air 
    (Cili api, cili merah, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris) 
  • 2 sudu makan tempoyak 
  • 1 keping asam gelugur 
  • ½ sudu teh gula 
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
CARA PENYEDIAAN
    1. Kelarkan ikan kembung. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 
    2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan kembung sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 
    3. Asingkan separuh minyak masak tadi. Tumis bahan yang dikisar dan daun kunyit sehingga wangi dan pecah minyak. 
    4. Masukkan tempoyak, asam gelugur, gula, dan garam. Kacau rata. 
    5. Masukkan ikan dan bawang besar. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN