Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Berlada Pedas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bakar Berlada Pedas

Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Berlada Pedas?

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping ikan tenggiri 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris) 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji tomato 
  • 1 sudu teh belacan 
    (Cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih, tomato & belacan dikisar bersama)
  • 1 sudu teh pati asam jawa 
  • Daun pisang secukupnya
  •  2 biji limau kesturi (dibelah 2)
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh ikan dan tuskan. Sapukan sedikit garam. 
    2. Gaulkan daun kunyit dengan bahan kisar, pati asam jawa, dan garam. 
    3. Bungkus ikan di dalam daun pisang bersama bahan yang digaul. 
    4. Bakar di dalam kuali non-stick yang bertutup dengan api perlahan selama 10-15 minit. 
    5. Hidangkan dengan limau kasturi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN