Bagaimana cara nak masak Ayam Masak Lemak Pegaga?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Lemak Pegaga

Bagaimana cara nak masak Ayam Masak Lemak Pegaga?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam (dipotong sederhana) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 cawan air 
  • 15 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
    (Cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 25 tangkai daun pegaga (dipotong pendek) 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 2 cawan santan
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit ayam. Basuh dan tuskan. 
    2. Gaulkan dengan sedikit garam. 
    3. Masukkan ayam, bahan yang dikisar, daun pegaga, daun kunyit, asam gelugur, dan garam ke dalam periuk. 
    4. Masakkan sehingga mendidih dan ayam lembut. 
    5. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN