Bagaimana cara nak masak Ayam Bakar Daun Kunyit?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Bakar Daun Kunyit

Bagaimana cara nak masak Ayam Bakar Daun Kunyit?

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping paha ayam 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris) 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci kunyit hidup 
    (Serai, bawang merah, halia & kunyit hidup dikisar halus)
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Aluminium foil secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Kelar paha ayam dan basuh. Tus kering. 
    2. Gaulkan ayam bersama daun kunyit, bahan yang dikisar, cili kisar, rempah kari, asam jawa, dan garam. Perap selama 1-2 jam. 
    3. Bungkus ayam menggunakan daun pisang dan aluminium foil. 
    4. Bakar di dalam kuali non-stick dengan api perlahan selama 25-30 minit. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN