Bagaimana cara nak masak Sotong Pesemol?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Pesemol

Bagaimana cara nak masak Sotong Pesemol?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg sotong (saiz sederhana) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 2 batang serai (diketuk) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu makan pati asam jawa   
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama pati asam jawa) 
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris kasar)
  • 1 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 1 biji tomato (dibelah 4) 
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan B (Dikisar)
  • 2 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 biji buah keras 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
CARA PENYEDIAAN
    1. Buang kulit sotong dan bersihkan. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak dan tumis serai bersama semua bahan B sehingga wangi dan pecah minyak. 
    3. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Masak sehingga pekat dan pecah minyak. 
    4. Masukkan sotong, hirisan daun kunyit, cili merah, cili hijau, tomato, dan garam. Kacau rata. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN