Bagaimana cara nak masak Talam Gula Merah?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Gula Merah

Bagaimana cara nak masak Talam Gula Merah?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Lapisan Bawah)
  • 1 cawan gula merah (Dimasak dan disejukkan) 
  • ½ cawan gula pasir  
  • 5 cawan air 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu makan tepung ubi 
  • Garam secukupnya
  • Bahan B (Lapisan Atas)
  • 3 cawan santan pekat 
  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 sudu teh garam 
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Lapisan Bawah
    1. Masakkan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan sehingga mendidih. Tapiskan. 
    2. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 
    3. Gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam kuali non-stick dan masakkan seketika. 
    4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. 
    5. Apabila sudah masak, cakarkan sedikit permukaan adunan dengan garpu. 
    Cara Membuat Lapisan Atas
    1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap sahaja. 
    2. Tuang perlahan-lahan ke atas adunan A yang sudah dicakar dengan garpu. 
    3. Kukus selama 20 minit ataupun sehingga masak dengan api sederhana. 
    4. Sejukkan dahulu, kemudian potong dengan pisau plastik. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN