Bagaimana cara nak masak Pai Shepherd?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Shepherd

Bagaimana cara nak masak Pai Shepherd?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Inti)
  • 500 g daging kisar 
  • 1 labu bawang holland  (Dipotong dadu) 
  • 1 ulas bawang putih  (Dicencang halus) 
  • 8 biji cendawan butang (Dibelah 4) 
  • 5 biji tomato 
  • 1 cawan kacang pis 
  • 1 batang lobak merah  (Dipotong dadu) 
  • 1 pokok daun parsli (Dicencang) 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama tepung jagung)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 1 kiub stok daging 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Pai)
  • 1 kg kentang  (Dipotong dadu) 
  • ½ cawan susu segar 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah  
  • Air secukupnya  (Bagi merebus kentang) 
  • 2 sudu makan mentega 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Inti
    1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 
    2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau sehingga daging masak. 
    3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
    4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. 
    5. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca ataupun pinggan.
    Cara Membuat Pai
    1. Rebus kentang dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. 
    2. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah, dan mentega. 
    3. Masukkan sedikit kentang ke dalam mangkuk aluminium kecil. 
    4. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang yang dilecek. 
    5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan pada suhu 200ºC selama 30 minit. 
    6. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN