Bagaimana cara nak masak Char Kuetiau?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Char Kuetiau

Bagaimana cara nak masak Char Kuetiau?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket kuetiau 
  • 4 ulas bawang putih (Diketuk) 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 4 sudu makan kicap pekat 
  • 300 g udang 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • ½ cawan air 
  • 1 ataupun 2 biji telur 
  •  1 biji tomato (Dipotong kecil) 
  • 1 keping tauhu basah  (Digoreng dan dipotong kecil) 
  • 1 cawan tauge 
  • 1 ikat daun kucai  (Dipotong 1 inci) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam sekiranya perlu 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. 
    2. Masukkan cili kisar dan kicap pekat. 
    3. Masukkan udang, sos tomato, dan air. Kemudian kacau rata. 
    4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati. 
    5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge, garam, dan daun kucai. Kacau rata dan tutup api. 
    6. Hidangkan bersama cili jeruk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN