Bagaimana cara nak masak Mi Gulung?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mi Gulung
Bagaimana cara nak masak Mi Gulung?
BAHAN-BAHAN
- 1 paket mi kuning (Dibasuh dan tuskan)
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 biji telur (Dipukul)
- 3 sudu makan minyak
- 4 biji bawang merah (Dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (Dihiris nipis)
- 150 g isi ayam (Dihiris kecil)
- 150 g udang
- 2 cawan air
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 batang lobak merah (Dipotong)
- 2 pokok sawi (Dipotong)
- 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
- 2 biji telur
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kisar
- 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air)
- 6 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali leper non-stick dan gorengkan mi dengan kicap manis sehingga sebati dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
- Panaskan semula kuali leper dan masukkan sedikit minyak masak lagi.
- Tuangkan satu senduk telur yang sudah dipukul ke dalam kuali leper dan lenggangkan supaya menjadi telur dadar nipis. Masukkan ke dalam pinggan.
- Ambil sedikit mi tadi dan letakkan ke atas telur dadar dan gulung kemas seperti kuih dadar. Ketepikan.
- Panaskan minyak lagi dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
- Masukkan ayam, udang, air, dan kicap cair. Biarkan mendidih.
- Masukkan lobak merah, cili merah dan sawi. Masukkan lada hitam dan garam sekiranya perlu. Biarkan mendidih lagi.
- Masukkan telur dan kacau dengan garpu supaya telur hancur.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan masakkan sehingga agak pekat.
- Tuangkan kuah ke atas mi gulung tadi dan hidangkan dengan bawang goreng.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.