Bagaimana cara nak masak Mi Padprik?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Padprik

Bagaimana cara nak masak Mi Padprik?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mi kuning 
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk) 
  • 1 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 300 g isi ayam 
  • 100 g udang 
  • 100 g sotong (Dihiris) 
  • 1 batang lobak merah 
  • 3 sudu makan kicap pekat 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 5 sudu makan sos cili 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 2 kiub tomyam 
  • 1 cawan air 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 100 g bunga kubis 
  • 50 g kacang sepat hijau 
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 6) 
  • 1 biji tomato 
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah 
      sehingga wangi. 
    2. Masukkan ayam, udang, dan sotong. Kemudian kacau rata. 
    3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram, 
      kiub tomyam, dan air. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan mi, daun limau purut dan sayur-sayur lain. Kacau rata dan 
      biarkan mendidih.  
    5. Sedia dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN