Bagaimana cara nak masak Nasi Beriani?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Beriani

Bagaimana cara nak masak Nasi Beriani?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg beras basmati 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih    
  • 1 inci halia   
  • (  Bawang merah, bawang putih dikisar bersama halia)              
  • 1 inci kulit kayu manis  
  • 2 kuntum bunga lawang  
  • 5 kuntum bunga cengkih  
  • 2 biji buah pelaga  
  • Sedikit daun kari  
  • 2 sudu makan rempah beriani  
  • 4 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (Dipotong 2) 
  • 3 biji cili hijau (Dipotong 2) 
  • 1 tangkai daun pudina 
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • 1 liter air 
  • 1 cawan susu cair 
  • ½ cawan kismis 
  • 4 sudu makan minyak sapi 
  • 1 sudu makan pewarna kuning 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
    2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan daun kari sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah beriani dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, daun pudina, dan daun ketumbar. Kacau seketika. 
    5. Masukkan air, susu cair, kismis, dan garam. Biarkan mendidih seketika. 
    6. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa. 
    7. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan kering lagi. 
    8. Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur. 
    9. Hidangkan bersama daging prun dan acar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN