Bagaimana cara nak masak Mihun Ladna?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mihun Ladna
Bagaimana cara nak masak Mihun Ladna?
BAHAN-BAHAN
- 300 g mihun (Direndam dan tuskan)
- 1 sudu makan kicap cair
- 3 biji bawang merah (Dicencang)
- 2 ulas bawang putih (Dicencang)
- 1 sudu teh lada hitam kisar
- 100 g isi ayam (Dihiris nipis)
- 100 g udang
- 1 cawan air
- 2 sudu makan sos tiram
- ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
- 50 g brokoli (Dipotong kecil)
- 50 g bunga kubis (Dipotong kecil)
- 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh ½ cawan air)
- 1 pokok daun bawang (Dicencang kasar)
- 1 sudu makan bawang goreng
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan mihun
bersama kicap. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam
pinggan. Ketepikan. - Panaskan minyak masak lagi dan tumiskan bawang merah, bawang
putih, dan lada hitam sehingga wangi. - Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
- Masukkan air, sos tiram, dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Masukkan lobak merah, brokoli dan bunga kubis. Biarkan lembut
seketika. - Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga agak pekat.
- Tuangkan ke dalam pinggan berisi mihun tadi. Taburkan daun
bawang dan bawang goreng di atasnya. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.