Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Pataya?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Pataya

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Pataya?

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan nasi sejuk (Diperoi) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu teh lada hitam 
    (Bawang putih ditumbuk bersama dengan lada hitam)
  • 2 biji telur 
  • 100 g kubis (Dihiris) 
  • 100 g kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong dadu)
  • 1 biji cili merah (Dihiris) 
  • 100 g udang 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 2 biji telur (Dipukul sedikit) 
    * Bagi membalut nasi 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 
    2. Masukkan telur dan biarkan sebentar. 
    3. Apabila nampak telur sudah separuh masak, kacau supaya 
      hancur sedikit. 
    4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan 
      udang. Kacau rata. 
    5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata. Tutup api. 
    6. Masukkan daun bawang dan kacau. 
    7. Angkat dan masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil. 
    8. Dadarkan telur di dalam kuali. 
    9. Apabila telur sudah masak, letakkan nasi goreng di atas telur. 
    10. Bungkuskan nasi dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam 
      pinggan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN